Program Khidmat Masyarakat

Dilaporkan oleh Unit Media Alumni Smas 04
( Payeh Topirk Aje )

PULAI CHONDONG,27 Mei-Aktivit ahli alumni batch 04 diteruskan lagi dengan melakukan khidmat masyarakat iaitu dengan bergotong-royong melancarkan majlis perkahwinan abang kepada saudara ahli alumni,iaitu Pendi. Bertempat di Kg Pauh Lima seawal jam 8 pagi ahli-ahli sudah berkumpul diperkarangan rumah terbabit. Jadual bertugas dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Untuk sesi pagi, saudara Eyi, Aje dan Topirk telah ditugaskan untuk memastikan kelancaran majlis. Pengalaman telah memudahkan mereka ini melakukan kerja-kerja seperti mengukur kelapa, memasang khemah serta membuat gajet telah dilakukan dengan begitu bersahaja dan efektif. Selain itu mereka-mereka ini memang cukup dikenali kerana telah banyak berkhidmat dimajlis-majlis perkahwinan disekitar kampung ini sebagai sukarelawan separuh masa.
Sesi kedua bersambung dengan saudara Kame,Payeh,Payirk dan lain-lain menggantikan shif untuk peserta sesi pertama. Menurut analisis pihak media, sesi kedua ini lebih mencabar. Ini kerana selain terpaksa menghadapi kehadiran tetamu-tetamu yang ramai dan boleh dikatakan kadar kehadiran para tetamu adalah berada diparas optimum, kami juga terpaksa membuat air minuman untuk para tetamu serta melakukan kerja-kerja pembersihan pinggang dan gelas selain memastikan semua kelengkapan berada dalam keadaan sempurna dan tersusun.
Aktiviti berakhir tepat pukul 6 petang, dan semua ahli bersurai pulang kerumah masing-masing bagi mendapatkan rehat yang secukupnya untuk menghadiri mesyuarat post mortern yang akan diadakan pada malam nanti.


Photobucket
sesi menjamu selera selepas tamat majlis

Photobucket
kame dan topirk bertungkus lumus menyiapkan air sirap spesel edition

Photobucket
kecuaian para peserta sukarelawan...


Photobucket
setelah seharian suntuk bekerja..

Alumni Smas FC benam cabaran AKPKB FC

Dilaporkan oleh Unit Media Alumni Smas 04
( Payeh Topirk Aje )


KOK LANAS, 26 Mei- Persatuan tidak rasmi Alumni SMK Abdul Samad telah mengadakan satu perlawanan persahabatan futsal dengan Persatuan Anak Kedah Politeknik Kota Bharu (AKPKB) yang bertempat di gelanggang futsal Khadam, Kok Lanas. Pasukan Alumni telah diwakili oleh saudara Eyie (batch 04), Kame(batch 04), Zaim(batch 02), Iwe(batch 02), Ellie(batch 02), Erie( batch 99) serta Anik(batch 05). Perlawanan ini berlangsung kurang tepat pukul 11 mlm. Pasukan Alumni telah mempamerkan permainan ‘versatile’ pada awal permainan dengan melakukan gerakan-gerakan yang merbahaya ke kawasan lawan. Pada 10 minit yang pertama pasukan alumni telah berjaya menjaringkan 3 gol tanpa balas. Permainan yang laju telah menyebabkan pasukan AKPKB FC begitu tertekan, ternyata mereka telah menukar corak permainan dengan memasukkan pemain-pemain yang baru. Ternyata kemasukan pemain-pemain baru telah berjaya mengubah rentak permainan AKPKB FC dan hasilnya berjaya berjaya menyamakan kedudukan 3-3 dalam masa 5 minit, asakan terus dilakukan oleh pasukan lawan namun ketangkasan saudara Anik yang mempamerkan aksi akrobatik menyelamatkan percubaan-percubaan berbahaya pihak lawan. Sorakan penyokong-penyokong telah menaikkan semangat pasukan alumni dengan menguasai kembali permainan dan kedua-dua pasukan berjaya mengimbangi perlawanan pada separuh masa dengan serangan yang bervariasi kiri dan kanan penjuru gol. Keputusan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 9-7 berpihak pada pasukan alumni. Pada separuh masa kedua, pasukan alumni cuba memperlahankan rentak permainan kerana disebabkan oleh ‘kepancitan’ yang berlaku dikalangan pemain. Fenomena ini telah memberi peluang kepada pasukan lawan untuk membolosi pertahanan yang semakin hilang punca. Namun kemasukan saudara Kame telah membuatkan permainan pasukan kembali terususun dan semakin banyak gol telah dihasilkan menuju keakhir perlawanan. Keputusan muktamad perlawanan berakhir dengan kemenangan bergaya 14-11. Menurut pengurus pasukan saudara Aje berkata :

“ malam ini pasukan alumni smas ini telah bermain seperti yang diharapkan walaupun mereka semua ini pertama kali digandingkan, kami cuba merangka lebih banyak lagi perlawanan persahabatan bagi memastikan kesefahaman antara pemain lebih efektif dan saya optimis pasukan ini mampu muncul juara di kejohanan futsal anjuran Sinar Harian yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Jun ini”.

Selepas perlawanan semua pemain dan kakitangan yang terlibat menghadiri jamuan HI-TEA yang diadakan di Restoran Mutia.


Photobucket

Photobucket

Majlis jamuan bekas pelajar dengan guru sempena hari guru

Dilaporkan oleh Unit Media Alumni Smas 04

MACHANG,22 Mei-Sambutan hari guru bagi warga guru SMK Abdul Samad menjadi lebih bermakna apabila bekas pelajar sekolah itu menghadiahkan sebiji kek yang ditempah khas dari kedai kek tersohor di Kota Bharu iaitu Primula sebagai hadiah untuk guru mereka. Bekas pelajar yang terdiri daripada lepasan SPM 2004 diwakili oleh bekas ketua pengawas tahun 2004 iaitu saudara Norazzam Azmi yang turut disertai oleh Mohd Zulhazam Mohd Piah, Mohd Kamil Hamat dan Wan Mohamad Faris Wan Mohamed. Ahli-ahli yang lain tidak dapat hadir bersama kerana sesetengah daripada mereka terpaksa memberi komitmen untuk kerja-kerja sampingan yang dilakukan semasa musim cuti semester ini. Majlis penyerahan hadiah itu walau bagaimanapun terencat seketika setelah ketiadaan beberapa orang guru ‘penting’ yang sedang mengikuti perkhemahan agung peringkat sekolah yang diadakan di Tok Bali. Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah berlangsung di makmal fizik sekolah dan telah dihadiri oleh beberapa orang guru seperti Pn Adibah, Ustaz Wan Abrisam, En Nik Marazi, Pn Che Minah serta beberapa kakitangan sekolah yang lain. Majlis dirasmikan dengan acara pemotongan kek yang telah dilakukan oleh Pn Che Minah. Setelah acara pemotongan kek selesai, sesi beramah mesra antara guru dan bekas pelajar diadakan sambil menjamah hidangan yang telah tersedia untuk dijamah. Ternyata guru-guru masih lagi mengenali serta mengingati nama pelajar mereka dan ini membuatkan saudara Norazzam berasa terharu dan menitiskan air mata.

Menurut saudara Norazzam yang sempat ditemubual oleh pihak media “ Saya rasa program seperti ini harus diteruskan lagi bagi menjamin keakraban guru-guru dengan bekas pelajar sekolah ini, malangnya pada hari ini kami datang berempat sahaja kerana yang lain tidak dapat hadir kerana ada komitmen yang lain, mungkin ‘overslept’ kerana berjaga malam tadi menonton perlawanan akhir Uefa Champion League antara Chelsea dengan Manchester United “ ujar beliau dengan nada yang sinis.

Ustaz Wan Abrisam turut memberi respon “ Saya sememangnya terharu dengan kehadiran bekas-bekas pelajar sekolah ini, ini membuktikan mereka menghargai jasa-jasa guru mereka dan saya mencadangkan agar persatuan bekas pelajar atau alumni ditubuhkan melalui laman web sebagai contoh” katanya yang kini sedang berjinak-jinak dengan dunia blog.

Majlis berakhir selepas sejam berlangsung, ini kerana guru-guru terpaksa kembali ke kelas untuk mengajar. Sebelum pulang, pihak media sempat merakamkan beberapa keping gambar kenangan untuk tatapan pembaca yang telah diambil oleh jurugambar saudara Faris yang dibantu oleh saudara Kamil yang bertindak sebagai backup cameraman.



keadaan sekolah yang telah banyak berubah


kek yang ditempah khas menggunakan dana khas alumni smas 04


gambar candid yang sempat dirakam


sebelum majlis pemotongan kek


ustaz wan abrisam segak berbaju batik

Famili Day Alumni Tdk Rasmi SMK Abdul Samad bertempat di Hutan Lipur Jeram Linang

Famili Day Alumni Tdk Rasmi SMK Abdul Samad
lokasi : Hutan Lipur Jeram Linang, Machang
Masa : 20 Mei 2008
Kehadiran : 20 orang ahli



MACHANG,20 Mei-Sambutan hari keluarga Alumni tidak rasmi SMK Abdul Samad yang diadakan di Hutan Lipur Jeram Linang telah berjaya berlangsung dengan meriah sekali, aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada bekas-bekas pelajar SMAS yang rata-rata terdiri daripada batch SPM 04. Seramai 20 orang ahli kumpulan telah menyertai program ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah BBQ, sukaneka air, persembahan nyanyian, pertandingan renang berganti-ganti, dan menyelam paling lama. Program dimulakan dengan persembahan nyanyian yang telah dipersembahkan oleh saudara Mohd Zulnizam Shamsuddin(pokju) yang mempersembahkan lagu ‘Bila Aku Sudah Tiada’ nyanyian asal oleh kumpulan Hujan. Aksi bersahaja daripada saudara Zulnizam yang tenang bermain gitar akustik berjenama Ibanez berjaya mengamitkan penonton-penonton luar yang turut sama serta dalam program ini tetapi terpaksa dikenakan caj RM5.50 sahaja untuk menampung kos-kos sampingan. Selepas acara persembahan nyanyian selesai, semua peserta program lengkap dengan uniform untuk ‘berkubang’ turun ke dalam air. Ternyata semua ahli begitu cekap berenang sekali dengan menunjukkan kemahiran berenang serta menyelam tahap ‘world class’ , menurut Pengarah Program saudara Khairil Azli Abdul Hadi(eyie):

“ Rata-rata peserta program ini amat mahir berenang, ini disebabkan mungkin kerana mereka ini sudah biasa mandi manda kt Sungai Panggong dan air terjun Gate Pok Yi,boleh dikatakan mereka semua ini adalah jaguh dalam profesion menembak ikan menggunakan besi cerucuk di kawasan pulai chondong ini” katanya.

Aktiviti yang mendapat sambutan ialah pertandingan renang 20M gaya bebas, ternyata peserta-peserta begitu hebat dengan gaya masing-masing dan namun begitu saudara Mohd Naim Khalis Mat Nuri(Naim) membuktikan beliau adalah Juara dengan menewaskan Zulhazam Mohd Piah(Aje) pada saringan akhir. Kecuaian pada minit-minit terakhir oleh saudara Zulhazam setelah mendahului lawan sejak dari pusingan pertama membolehkan saudara Naim memintasnya ketika jarak renangan berbaki 0.85M.

“Pengalaman saya ketika mewakili UUM untuk sukan MASUM membantu saya tenang mengawal gelanggang untuk memintas Zulhazam ketika dia melakukan kesilapan diakhir perlawanan” ujar Naim yang kini sedang menuntut di UUM sintok,Kedah dalam bidang Ijazah Pentadbiran Perniagaan.

“ Saya begitu kecewa kerana tidak dapat mengawal renangan saya diminit-minit akhir disebabkan oleh tekanan daripada penonton, namun saya optimis aktiviti seperti ini dapat mengeratkan silaturahim sesama kami dan menyehatkan badan” kata saudara Zulhazam yang kini memegang Diploma Seni Kunilari dari UiTM Dungun, Terengganu.

Program ini diakhiri dengan aktiviti BBQ, namun begitu aktiviti ini tidak dapat dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, sebelum bertolak pulang semua peserta berkumpul untuk sesi bergambar kenangan. Menurut Penasihat Khas program saudara Wan Mohamad Faris Wan Mohamed(Payeh) berkata :
“ Pihak kami sedang merangka program terbaru untuk ahli persatuan ini dan saya optimis program bakal dijalankan akan mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan program hari keluarga ini,” ujar beliau lagi.-Unit Media Alumni

Photobucket
peserta-peserta program bergambar kenangan dengan aksi masing-masing

Photobucket
antara aksi bersahaja peserta-peserta yang sempat dirakam

Photobucket
aksi berani mati peserta program yang menggamitkan kehadiran pelancong-pelancong asing

Sejarah SMAS

|

Sejarah SMAS :

13 Jan. 1965 mula ditubuhkan dengan nama Sekolah Anika Jurusan Pulai Chondong, Kelantan(tumpang di Sek. Keb. PC)

Jan. 1966, dapat bangunan sendiri dan tahun 1967 ditukar dengan nama SMR Pulai Chondong. Calon mula mendudukki SRP.

Tahun 1969, Ting. 4 dan 5 ditubuhkan, dinaiktaraf menjadi Sek. Men. Pulai Chondong. Calon mula mendudukki SPM.

14 Julai 1974, dirasmikan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hj. Mohamed b. Yaacob dan serentak itu ditukarkan dengan nama Sek. Men. Abdul Samad.(SMAS) sempena nama tokoh pendidikan tempatan Hj. Ab. Samad b. Faqih Abdullah atau lebih dikenali “Tok Pulai Chondong”.

1 Feb. 1995, dinaiktaraf dari sekolah Gred B ke Gred A.

1 Jan. 1998, diubah nama kepada Sek. Men. Keb. Abdul Samad.




FALSAFAH SEKOLAH :

Murid-murid yang berada di sekolah ini adalah mempunyai
kebolehan dan potensi untuk mencapai perkembangan yang seimbang didalam
intelek,emosi,rohani dan jasmani. Dengan itu,seluas-luas peluang akan diberikan
kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembangkan keempat-empat bidang
tersebut. Kami pendidik-pendidik mempunyai keupayaan dan kebolehan iktisas untuk
memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi memajukan murid-murid di
sekolah ini.

MATLAMAT SEKOLAH :

Melahirkan satu rupa generasi yang berguna kepada agama,bangsa dan negara, berimu yang seimbang rohani dan jasmani tinggi daya intelek dan sihat emosi, bertakwa, berdisplin dan berhemah tinggi.

Sedia berbakti, berbakat kreatif dan kritis sentiasa menghormati orang lain dan menyanjung tinggi serta mengamalkan norma-norma hidup masyarakat Malaysia

Meningkatkan kejayaan akademik pelajar-pelajar tahun demi tahun daripada segi kualiti dan kuantiti serta menghapuskan kegagalan.

Supaya murid mempunyai sahsiah yang tinggi dan tatasusila yang dapat diterima oleh masyarakat.

Semua murid mestilah melibatkan diri dalam bahagian kegiatan-kegiatan ko-kurikulum.



Futsal Alumni

Dalam pembinaan

Ahli Alumni

dalam pembinaan

galeri gambar

Sila klik thumbnail gambar untuk melihat gambar lain bagi setiap aktiviti
Gambar-gambar ini dikuasakan oleh:









Special edition pictures,klik disini untuk melihat gambar lain
dikuasakan oleh





Kenangan Lama


Hari Raya 2006


Khidmat Masyarakat 2008


Melawi Trip 2008


Jeram Linang 2008(18SX)