Dilaporkan oleh Unit Media Alumni Smas 04
MACHANG,22 Mei-Sambutan hari guru bagi warga guru SMK Abdul Samad menjadi lebih bermakna apabila bekas pelajar sekolah itu menghadiahkan sebiji kek yang ditempah khas dari kedai kek tersohor di Kota Bharu iaitu Primula sebagai hadiah untuk guru mereka. Bekas pelajar yang terdiri daripada lepasan SPM 2004 diwakili oleh bekas ketua pengawas tahun 2004 iaitu saudara Norazzam Azmi yang turut disertai oleh Mohd Zulhazam Mohd Piah, Mohd Kamil Hamat dan Wan Mohamad Faris Wan Mohamed. Ahli-ahli yang lain tidak dapat hadir bersama kerana sesetengah daripada mereka terpaksa memberi komitmen untuk kerja-kerja sampingan yang dilakukan semasa musim cuti semester ini. Majlis penyerahan hadiah itu walau bagaimanapun terencat seketika setelah ketiadaan beberapa orang guru ‘penting’ yang sedang mengikuti perkhemahan agung peringkat sekolah yang diadakan di Tok Bali. Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah berlangsung di makmal fizik sekolah dan telah dihadiri oleh beberapa orang guru seperti Pn Adibah, Ustaz Wan Abrisam, En Nik Marazi, Pn Che Minah serta beberapa kakitangan sekolah yang lain. Majlis dirasmikan dengan acara pemotongan kek yang telah dilakukan oleh Pn Che Minah. Setelah acara pemotongan kek selesai, sesi beramah mesra antara guru dan bekas pelajar diadakan sambil menjamah hidangan yang telah tersedia untuk dijamah. Ternyata guru-guru masih lagi mengenali serta mengingati nama pelajar mereka dan ini membuatkan saudara Norazzam berasa terharu dan menitiskan air mata.
Menurut saudara Norazzam yang sempat ditemubual oleh pihak media “ Saya rasa program seperti ini harus diteruskan lagi bagi menjamin keakraban guru-guru dengan bekas pelajar sekolah ini, malangnya pada hari ini kami datang berempat sahaja kerana yang lain tidak dapat hadir kerana ada komitmen yang lain, mungkin ‘overslept’ kerana berjaga malam tadi menonton perlawanan akhir Uefa Champion League antara Chelsea dengan Manchester United “ ujar beliau dengan nada yang sinis.
Ustaz Wan Abrisam turut memberi respon “ Saya sememangnya terharu dengan kehadiran bekas-bekas pelajar sekolah ini, ini membuktikan mereka menghargai jasa-jasa guru mereka dan saya mencadangkan agar persatuan bekas pelajar atau alumni ditubuhkan melalui laman web sebagai contoh” katanya yang kini sedang berjinak-jinak dengan dunia blog.
Majlis berakhir selepas sejam berlangsung, ini kerana guru-guru terpaksa kembali ke kelas untuk mengajar. Sebelum pulang, pihak media sempat merakamkan beberapa keping gambar kenangan untuk tatapan pembaca yang telah diambil oleh jurugambar saudara Faris yang dibantu oleh saudara Kamil yang bertindak sebagai backup cameraman.
keadaan sekolah yang telah banyak berubah
kek yang ditempah khas menggunakan dana khas alumni smas 04
gambar candid yang sempat dirakam
sebelum majlis pemotongan kek
ustaz wan abrisam segak berbaju batik
0 comments:
Post a Comment