Famili Day Alumni Tdk Rasmi SMK Abdul Samad bertempat di Hutan Lipur Jeram Linang

Famili Day Alumni Tdk Rasmi SMK Abdul Samad
lokasi : Hutan Lipur Jeram Linang, Machang
Masa : 20 Mei 2008
Kehadiran : 20 orang ahli



MACHANG,20 Mei-Sambutan hari keluarga Alumni tidak rasmi SMK Abdul Samad yang diadakan di Hutan Lipur Jeram Linang telah berjaya berlangsung dengan meriah sekali, aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada bekas-bekas pelajar SMAS yang rata-rata terdiri daripada batch SPM 04. Seramai 20 orang ahli kumpulan telah menyertai program ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah BBQ, sukaneka air, persembahan nyanyian, pertandingan renang berganti-ganti, dan menyelam paling lama. Program dimulakan dengan persembahan nyanyian yang telah dipersembahkan oleh saudara Mohd Zulnizam Shamsuddin(pokju) yang mempersembahkan lagu ‘Bila Aku Sudah Tiada’ nyanyian asal oleh kumpulan Hujan. Aksi bersahaja daripada saudara Zulnizam yang tenang bermain gitar akustik berjenama Ibanez berjaya mengamitkan penonton-penonton luar yang turut sama serta dalam program ini tetapi terpaksa dikenakan caj RM5.50 sahaja untuk menampung kos-kos sampingan. Selepas acara persembahan nyanyian selesai, semua peserta program lengkap dengan uniform untuk ‘berkubang’ turun ke dalam air. Ternyata semua ahli begitu cekap berenang sekali dengan menunjukkan kemahiran berenang serta menyelam tahap ‘world class’ , menurut Pengarah Program saudara Khairil Azli Abdul Hadi(eyie):

“ Rata-rata peserta program ini amat mahir berenang, ini disebabkan mungkin kerana mereka ini sudah biasa mandi manda kt Sungai Panggong dan air terjun Gate Pok Yi,boleh dikatakan mereka semua ini adalah jaguh dalam profesion menembak ikan menggunakan besi cerucuk di kawasan pulai chondong ini” katanya.

Aktiviti yang mendapat sambutan ialah pertandingan renang 20M gaya bebas, ternyata peserta-peserta begitu hebat dengan gaya masing-masing dan namun begitu saudara Mohd Naim Khalis Mat Nuri(Naim) membuktikan beliau adalah Juara dengan menewaskan Zulhazam Mohd Piah(Aje) pada saringan akhir. Kecuaian pada minit-minit terakhir oleh saudara Zulhazam setelah mendahului lawan sejak dari pusingan pertama membolehkan saudara Naim memintasnya ketika jarak renangan berbaki 0.85M.

“Pengalaman saya ketika mewakili UUM untuk sukan MASUM membantu saya tenang mengawal gelanggang untuk memintas Zulhazam ketika dia melakukan kesilapan diakhir perlawanan” ujar Naim yang kini sedang menuntut di UUM sintok,Kedah dalam bidang Ijazah Pentadbiran Perniagaan.

“ Saya begitu kecewa kerana tidak dapat mengawal renangan saya diminit-minit akhir disebabkan oleh tekanan daripada penonton, namun saya optimis aktiviti seperti ini dapat mengeratkan silaturahim sesama kami dan menyehatkan badan” kata saudara Zulhazam yang kini memegang Diploma Seni Kunilari dari UiTM Dungun, Terengganu.

Program ini diakhiri dengan aktiviti BBQ, namun begitu aktiviti ini tidak dapat dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, sebelum bertolak pulang semua peserta berkumpul untuk sesi bergambar kenangan. Menurut Penasihat Khas program saudara Wan Mohamad Faris Wan Mohamed(Payeh) berkata :
“ Pihak kami sedang merangka program terbaru untuk ahli persatuan ini dan saya optimis program bakal dijalankan akan mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan program hari keluarga ini,” ujar beliau lagi.-Unit Media Alumni

Photobucket
peserta-peserta program bergambar kenangan dengan aksi masing-masing

Photobucket
antara aksi bersahaja peserta-peserta yang sempat dirakam

Photobucket
aksi berani mati peserta program yang menggamitkan kehadiran pelancong-pelancong asing

0 comments: