Alumni Smas FC benam cabaran AKPKB FC

Dilaporkan oleh Unit Media Alumni Smas 04
( Payeh Topirk Aje )


KOK LANAS, 26 Mei- Persatuan tidak rasmi Alumni SMK Abdul Samad telah mengadakan satu perlawanan persahabatan futsal dengan Persatuan Anak Kedah Politeknik Kota Bharu (AKPKB) yang bertempat di gelanggang futsal Khadam, Kok Lanas. Pasukan Alumni telah diwakili oleh saudara Eyie (batch 04), Kame(batch 04), Zaim(batch 02), Iwe(batch 02), Ellie(batch 02), Erie( batch 99) serta Anik(batch 05). Perlawanan ini berlangsung kurang tepat pukul 11 mlm. Pasukan Alumni telah mempamerkan permainan ‘versatile’ pada awal permainan dengan melakukan gerakan-gerakan yang merbahaya ke kawasan lawan. Pada 10 minit yang pertama pasukan alumni telah berjaya menjaringkan 3 gol tanpa balas. Permainan yang laju telah menyebabkan pasukan AKPKB FC begitu tertekan, ternyata mereka telah menukar corak permainan dengan memasukkan pemain-pemain yang baru. Ternyata kemasukan pemain-pemain baru telah berjaya mengubah rentak permainan AKPKB FC dan hasilnya berjaya berjaya menyamakan kedudukan 3-3 dalam masa 5 minit, asakan terus dilakukan oleh pasukan lawan namun ketangkasan saudara Anik yang mempamerkan aksi akrobatik menyelamatkan percubaan-percubaan berbahaya pihak lawan. Sorakan penyokong-penyokong telah menaikkan semangat pasukan alumni dengan menguasai kembali permainan dan kedua-dua pasukan berjaya mengimbangi perlawanan pada separuh masa dengan serangan yang bervariasi kiri dan kanan penjuru gol. Keputusan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 9-7 berpihak pada pasukan alumni. Pada separuh masa kedua, pasukan alumni cuba memperlahankan rentak permainan kerana disebabkan oleh ‘kepancitan’ yang berlaku dikalangan pemain. Fenomena ini telah memberi peluang kepada pasukan lawan untuk membolosi pertahanan yang semakin hilang punca. Namun kemasukan saudara Kame telah membuatkan permainan pasukan kembali terususun dan semakin banyak gol telah dihasilkan menuju keakhir perlawanan. Keputusan muktamad perlawanan berakhir dengan kemenangan bergaya 14-11. Menurut pengurus pasukan saudara Aje berkata :

“ malam ini pasukan alumni smas ini telah bermain seperti yang diharapkan walaupun mereka semua ini pertama kali digandingkan, kami cuba merangka lebih banyak lagi perlawanan persahabatan bagi memastikan kesefahaman antara pemain lebih efektif dan saya optimis pasukan ini mampu muncul juara di kejohanan futsal anjuran Sinar Harian yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Jun ini”.

Selepas perlawanan semua pemain dan kakitangan yang terlibat menghadiri jamuan HI-TEA yang diadakan di Restoran Mutia.


Photobucket

Photobucket

0 comments: